Tuesday, 11 November 2014

Rumah Impianku.

.

 Aku terpikat pada seni ukiran dan reka bentuk rumah ini,sangat menarik,pada zaman ini,terlalu banyak rumah batu,rumah sebegini terlalu kecik jumlahnya.Aku mempunyai perancangan untuk membeli tanah cukup hanya untuk setapak rumah sahaja.Sekarang memang aku sudah mempunyai rumah.Syukur ada tempat berteduh untuk aku dan anak-anak.Nama pun rumah impin mestilah ingin memilikinya kan.. Ini rumah rekaan dari negeri sembilan sudah lama aku impikan.Sudah aku suarakan pada anak-anak.Mereka beretuju tapi bila ? aku katakan tunggu ibu sedang usahakan.Moga Allah tunaikan permintaanku.Aku inginkan suasana kampung.Kerana akau orang kampung berjiwa kampung.Aku ingin serapkan dalam hati anak-anakku.Terasa suasana kampung bila berada didalam rumah sebegini,aman damai dan tenang.Terasa perbezaannya.Zaman sudah moden.BAlik kampung pun rumah batu.Hilang sudah suasana kampung.Rumah kayu idamanku  - AisahchaBakar81

No comments:

Post a Comment