
Novel adalah satu kegemaran atau pun lebih tepat hobi yang paling saya sukai. Bila bercakap atau berbahas mengenai novel,ada sahaja pandangan dan pendapat yang sering kita dengar.Novel sering dikaitkan dengan kisah percintaan.Novel sebenarnya terdapat pelbagai eleman yang perlu dalam sesebuah cerita bagi menghidupkan watak.Kisah percintaan,perebuatan kuasa dalam memiliki cinta dan harta,percintaan tiga segi,penipuan dalam perniagaan atau empayar,kehancuran rumahtangga dan keluarga,kebahagiaan di dalam sesebuah keluarga yang sangat daif,dan dendam kesumat disebabkan kisah silam.Penulis perlu berilusi ataupun berangan-angan untuk mendapatkan buah fikiran yang bernas demi untuk menghidupkan watak di dalam sesebuah cerita.Kisah kemasyarakatan, kekuatan agama juga diselitkan dalam setiap cerita,Pembaca mempunyai jiwa dan hati yang halus.Panghayatan perlu ada dalam diri pembaca.Bacalah dengan mata hati dan mata akal.Semoga pembaca akan nampak sesuatu di sebalik penceritaan.Novel di tulis dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang.Semoga pembaca merasai rasa yang boleh menyentuh hati pembaca.Saya menggemari novel kerana penulisnya yang mempunyai latar belakang yang berbeza,jalan ceritanya yang menarik yang boleh dijadikan pengajaran serta kepuasan yang tinggi,hati terbuai berkhayal membayangkan keadaan serta merasai situasi di dalam cerita novel tersebut.Novel juga mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh membuatkan pembaca menjadikan watak di dalam novel tersebut sebagai idola mereka.Kerana ianya adalah satu semangat penulis yang telah dikongsi bersama dengan pembaca.kadang kala novel ditulis berkisahkan cerita sebenar yang tidak kita sedari di dalam masyarakat sekeliling serta kehidupan kita seharian.Bacalah dengan penuh minat dan penghayatan.
- AisahChaBakar81
No comments:
Post a Comment