Friday, 24 October 2014


Novel adalah satu kegemaran atau pun lebih tepat hobi yang paling saya sukai. Bila bercakap atau berbahas mengenai novel,ada sahaja pandangan dan pendapat yang sering kita dengar.Novel sering dikaitkan dengan kisah percintaan.Novel sebenarnya terdapat pelbagai eleman yang perlu dalam sesebuah cerita bagi menghidupkan watak.Kisah percintaan,perebuatan kuasa dalam memiliki cinta dan harta,percintaan tiga segi,penipuan dalam perniagaan atau empayar,kehancuran rumahtangga dan keluarga,kebahagiaan di dalam sesebuah keluarga yang sangat daif,dan dendam kesumat disebabkan kisah silam.Penulis perlu berilusi ataupun berangan-angan untuk mendapatkan buah fikiran yang bernas demi untuk menghidupkan watak di dalam sesebuah cerita.Kisah kemasyarakatan, kekuatan agama juga diselitkan dalam setiap cerita,Pembaca mempunyai jiwa dan hati yang halus.Panghayatan perlu ada dalam diri pembaca.Bacalah dengan mata hati dan mata akal.Semoga pembaca akan nampak sesuatu di sebalik penceritaan.Novel di tulis dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang.Semoga pembaca merasai rasa yang boleh menyentuh hati pembaca.Saya menggemari novel kerana penulisnya yang mempunyai latar belakang yang berbeza,jalan ceritanya yang menarik yang boleh dijadikan pengajaran serta kepuasan yang tinggi,hati terbuai berkhayal membayangkan keadaan serta merasai situasi di dalam cerita novel tersebut.Novel juga mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh membuatkan pembaca menjadikan watak di dalam novel tersebut sebagai idola mereka.Kerana ianya adalah satu semangat penulis yang telah dikongsi bersama dengan pembaca.kadang kala novel ditulis berkisahkan cerita sebenar yang tidak kita sedari di dalam masyarakat sekeliling serta kehidupan kita seharian.Bacalah dengan penuh minat dan penghayatan.     
                                                   -   AisahChaBakar81

                                     DI PERSIMPANGAN..... 

Diri kebingungan tidak tahu ke mana arah nak ku tujuk..samada aku perlu terus berjalan kehadapan tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri,yang pastinya aku bukanlah seorang yang hikporit yang bisa menahan segala kesakitan yang ku pendam dalam hatiku ini..Aku terasa ingin menjerit sekuat hatiku supaya terlepas segala kesakitan.Ya Allah berikanlah aku kekuatan,semangat untuk ku pulih seperti sedia kala.Aku sudah penat,sangat penat.Tidak sanggup lagi aku menahan penderitaan jiwa ku ini Ya Allah.Sampai bila aku kan terus terdera dengan cara begini,dimana silapku ,apa kesalahan ku Y Allah..Berikanlah aku petunjuk jalan yang benar dan lurus.Aku sudah semakin ketandusan kasih sayang,akal fikiranku menguasai emosi yang terlampau.Kasih sayang ku hanya la padamu.Ku mohon padamu Ya Allah,berkatilah rahmatilah segala usahaku serta cita-citaku Ya Allah,sekian lama aku cuba sedaya upayaku,   berhempas pulas untuk kecapinya..di mana dia Ya Allah.. Kau sembunyikan dia dariku,beratnya dugaanmu padaku Ya Allah..Disebalik senyuman tersimpan seribu kesakitan,disebalik keredupan mata tersimpan kesayuan di hati..Betapa aku kebuntuan untuk mencari jalan penyelesaian.Setiap persoalan tiada jawapan yang aku temui, ke mana harusku tujukan langkahku ini.Ku pendam seribu luka dan duka..parutnya dalam amat sukar diubatinya,kerana sehingga kini aku masih tidak dapat penawar bagi kesakitanku ini..Siapa lagi nak ku sorakan tentula kepadamu tuhanku yang kalam,segala duka satu keindahan,segala luka satu kedamaian..Siapa lagi inginku miliki,setelah memutih warna pelangi,tiada kejora dilangit tinggi telah ku tahu saat dan ketika...jikalau dapatku sempurnakan cinta,dibalik tembok usang yang terpisah dan terasing... Jikalau hadirku untuk selamanya tidak ada sengsara,bersenandung seperti didalam istana..Siapa lagi nak ku percayakan dibalik rindu yang tak terkira,sengajaku sembunyikan dari mata.Berabadlah selamanya.....                                                                                  -    AisahChaBakar81



Monday, 13 October 2014

MUTIARA KATA BUAT TATAPAN PARA SAHABAT.



KEBAHAGIAAN ILMU PENGETAHUAN ITU BERSIFAT TETAP ,KEAGUNGNANYA ADALAH KEKAL,NAMANYA SELALU DIKENANG ; SEDANGKAN
KEBAHAGIAAN MEMILIKI HARTA AKAN LENYAP ,KEAGUNGANYA AKAN HILANG,DAN NAMANYA SEGERA DILUPAKAN.


PERMINTAAN TOLONG DARI ORANG LAIN KEPADAMU ADALAH NIKMAT 
JANGANLAH MERASA JEMU SEHINGGA MALAH BERBALIK MENJADI
PETAKA.KETAHUILAH,SESUNGGUHNYA SAAT TERBAIK DALAM
HIDUPMU ADALAH SAAT TERBAIK DALAM HIDUPMU ADALAH SAAT 
  DIRIMU DIPERLUKAN DAN BUKAN MEMERLUKAN !

                                                  -  AisahChaBakar81